Thursday, October 4, 2012

Kita sama manusia

Posted by linlin clara at 10:14 PM 0 comments

Annyonghaseyo 

-
-
-
-

Kita sama manusia, bukan kah kita ada rasa yang sama..
 Kita sama manusia, kenapa kita perlu membezakannya..
Kita sama manusia, usah dicari sengketa bersama..

Hari nie linlin tersentap dengan satu kata atau berjuta kata yang linlin sendiri pun dah lali sangat. Perlu ke linlin tersentap untuk kali yang sudah beribu berjuta kali. Linlin pun taktau sampai bila, tapi linlin sentiasa kawal emosi linlin. Linlin masih tak cakap kasar lagi, linlin luahkan kemarahan dan kesedihan linlin dengan ayat yang berpuitis sikit, bagi mengelakkan timbulnya isu yang menyakitkan hati semua pihak. Linlin dah bangun pagi-pagi bukan untuk bersedih, tapi bila bukak facebook nampak macam tu jujur linlin terkilan sangat-sangat. Isu kaum, bangsa??

Isu orang asli

Mengapa cari sengketa bersama??

Why, why sayang??

Kenapa sikit-sikit yang menjadi bahan kutukan orang asli?? Jahilnya sangat ke orang asli nie. Memang mereka duduk di kawasan pendalaman, jauh dari orang, tapi sebab tu ke mereka dijadikan bahan kutukan. Teruk sangat ke orang asli nie, sampai ada yang memperlekehkan mereka. Kesian mereka, ye termasuk linlin jugak. Mereka duduk dalam hutan yang jauh beribu batu tapi mereka tak mintak belas kasihan orang lain, untuk mereka hidup. Famili linlin sendiri tak pernah mintak duit orang lain, apa yang ada sekarang dah cukup. Bila linlin terbaca komen-komen orang lain, terbaca apa yang mereka cakap, jujur sedih sangat. Kalau kita tengok kat Malaysia nie, orang asli merupakan sebahagian daripada penduduk Malaysia kan. So, kenapa ada lagi atau masih menghina penduduk satu Negara mereka sendiri. Mana one Malaysia nyee, =(

Linlin taknak la menceritakan atau mengaibkan orang yang menghina bangsa asli, tapi linlin harap sangat-sangat mereka sedar. Yeee, memang linlin akui, orang asli masih di tahap yang rendah lagi, tak kesah la dari pendidikan, taraf hidup mereka, mereka sangat rendah. Linlin akui, famili linlin sendiri pun takda pendidikan, tapi linlin bersyukur sangat even ayah linlin takda pendidikan dia boleh bagi anak-anak dia belajar. Setakat nie, ayah linlin mampu lagi tanggung dua anak dia yang belajar kat luar, linlin yang dekat ipg dengan akak linlin dekat uum. Linlin memang dah lali, dengan orang yang selalu menghina bangsa asli, kadang-kadang linlin nangis sebab mungkin menyentuh hati sangat. Linlin tak sanggup, tengok kaum asli terus dihina, cukup-cukuplah manusia. Linlin sangat sensitif dengan isu yang melibatkan kaum asli, jangan hina depan linlin.. kalau mood linlin baik, yee linlin tak kan bangun, tapi kalau mood linlin tak okay, linlin bangun. Kaum kita, bangsa kita, maruah kita. Linlin akan balas balik, balas balikk.. itu maruah sayang. 

Kaum asli masih di tahap yang rendah, yang tak berjaya masih banyak, yee sedih jugak tengok. Mungkin sebab mereka tinggal di dalam mereka takda pendidikan, tapi kalau kita sendiri nak berjaya kita mampu. One day, linlin harap linlin berjaya, dan linlin berharap kaum asli bangun dan bangkit. Sampai bila kita nak jadi macam tu, semua wajib ada pendidikan. Linlin pun masih di tahap yang rendah, bangun linlin bangunnn. Tapi linlin sedih, bila kaum asli ada peluang untuk sambung belajar, kenapa taknak sambung, sambung ok. Kita ada banyak kemudahan, tapi kita tak berusaha memenuhi peluang tersebut. Linlin suka sangat orang yang open minded, yang terima kaum lain. Kalau macam linlin, linlin hormat kaum lain.. kaum lain pun hormat kaum linlin. Linlin suka sangat bila orang cakap, linlin kena belajar elok-elok kaum linlin masih di tahap yang rendah, gunakan peluang yang ada. 

Linlin buat entry ni, bukan linlin marah, tapi linlin cuba luahkan apa yang linlin rasa dan linlin harap mereka sedar, bangsa asli bukan untuk dihina lagi. Kita kan sama manusia?? Bukan ke macam tu?? Linlin sedih jugak, kalau ada yang hina islam contohnya, sebab bagi linlin kenapa kita nak hina..perlu ke semua tu. Kita hormat kaum lain, kaum lain pun kena hormat kaum kita. Maafkan linlin, kalau ada yang terasa atau sakit hati dengan entry kali nie. Linlin bukan bersifat perkauman, linlin boleh kawan dengan semua. 

Sabar marasilinda :)

Thankyouu sudi baca :)

Linlinclara Template by linlinclara Blogger Template | Gift Idea