Thursday, January 24, 2013

Renungan bersama

Posted by linlin clara at 9:51 PM 0 comments
Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.
Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.
"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...

Bila baca cerita macam ni, berfikir untuk sejenak..adakah yang menulis (aku) ini tergolong dalam perangai anak-anak yang macam ni. Pertama kali baca, mungkin rasa geram, tapi bila hati kita membuak-buak nak sesuatu memang macam tu, tapi kita sebagai anak-anak kena faham kewangan mak ayah kita macam mana. Mungkin bila kita nak sesuatu masa tu kita tak ingat dah macam mana perasaan kita pada masa tersebut. Disebabkan aku bukan dilahirkan dalam kalangan orang kaya, cerita ini ingin jadikan iktibar untuk aku, dan juga semoga menjadi iktibar untuk kakak dan adik aku :) Biasa bila nak balik kampus mak nak bagi duit mak selalu pesan, jangan beli baju dah, baju dah banyak angah nak buat apa lagi. angah (aku) nama panggilan di rumah takpun mak panggil (adik) even aku ada adik sorang lagi. Nak dijadikan cerita keluarga aku bukanlah dari golongan yang kaya,  
tapi yang ada memang cukup untuk kami, dan setakat sepanjang kehidupan kami sekeluarga aku rasa bahagia. aku belajar di institut pendidikan guru kota bharu (ipgkb), kakak aku belajar di universiti utara malaysia (uum), dan adik masih lagi bersekolah dan tahun ni merupakan tahun bagi dia untuk menghadapi pmr. Kakak dan adik sama, tapi mak jarang bagi ceramah dekat kakak, sebab mak tahu kakak jimat, biasiswa yang ada pun hanya diguna separuh sahaja dan hujung semester biasiswa dia masih ada lagi. 

Bila nak balik kampus, mak selalu nasihatkan aku sepanjang perjalanan sebelum menghantar aku menaiki bas. Ceramah mak biasanya bertajuk "JIMAT". Dari rumah nak sampai terminal bas lebih kurang 35 minutes, dan sepanjang masa 35 minutes aku terpaksa mendengar ceramah mak. Actually, ceramah mak sangat berguna untuk aku. Antara ceramah mak :

Jimat angah, jangan bila dapat duit selalu keluar. Kita bukan orang kaya, jangan nak rasa diri kita orang kaya, sebab hakikat sebenarnya kita orang biasa. Angah jangan cuba nak miliki apa yang orang ada, kalau orang tu ada barang cantik2, angah jangan rasa macam tu. Bersyukur apa yang ada sebab kita orang biasa. Mak tak tahu la macam mana bila kau dah kerja, boleh tak kau simpan duit ke tak nanti. Tapi mak dulu macam tu jugak, bila ada duit semua benda nak beli, tapi mak belajar berubah dan simpan duit sebab mak fikir macam mana kalau jadi apa-apa nanti, contohnya masa-masa kecemasan, dan bayangkan masa tu kalau takda duit..Balik belajar elok-elok, jangan selalu sangat keluar, tak takut ke keluar selalu ni? Mak tengok ada kes ragut macam-macam, kau dah la cuai..handphone purse suka sangat letak merata tempat" 

Lebih kurang macam tu laa ceramah mak yang penuh bermanfaat. Kita cuba jadi diri kita sendiri, kalau kita tak mampu kenapa nak beli dan buat macam kita mampu, sedangkan hakikatnya memang kita tak mampu. Kalau kita buat macam mampu pun, yang susahnya mak ayah kita..sebab apa dorang laa banker sejati kita. Mak ayah yang penat cari duit, tapi kita yang rajin nak habiskan..sedangkan mereka punya la berjimat, kerja penat-penat sebab nak cari duit. Pernah jugak terfikir, mampukah nak balas balik jasa mak ayah..macam mana mak ayah jaga kita, macam mana ayah belikan apa yang kita nak, macam mana mak ayah hantar kita belajar dan tanggung perbelanjaan kita. Sekarang mungkin kita tak rasa, sebab apa tiap bulan mak ayah yang akan bagi duit, tapi bila kita dah kerja nanti baru kita rasa macam mana susah  nak dapatkan duit, dan bila kita ada tanggungan macam anak nanti baru kita akan rasa. Moral of the story daripada cerita di atas (bukan cerita aku), kita kena hargai mak ayah kita, faham situasi kewangan mereka..jangan nak minta sesuatu ikut kepuasan dan kepentingan diri kita sendiri. Ini bukan untuk dijadikan iktibar untuk orang lain, tetapi dalam masa yang sama untuk aku sendiri, supaya aku belajar berjimat. 

Linlinclara Template by linlinclara Blogger Template | Gift Idea