Friday, June 27, 2014

Biar

Posted by linlin clara at 8:37 AM 0 comments
Biar 

-fynn jamal-

Mata tua yang memandang aku itu
bundar
pudar

Dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.

Wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?

Wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu

mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum

Dipukaukan aku nan terus terpana dan terdiamkan 
“biar”
katanya lagi, “biar”

Wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu

Wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati

ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga

ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?

ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti

AYAHANDA BETA :)

Even lagu "biar" ini didedikasikan untuk ayah tapi entry ini untuk ibu dan ayah. Terima kasih untuk pencipta lagu "biar" sebab setiap liriknya penuh makna dan boleh buat menangis-nangis dan membuatkan sedar betapa besarnya pengorbanan seorang ayah.

Buat ibu dan ayah terima kasih mengajar erti mengenal dunia, dari tapak kaki ini sekecil dua jari, dari sekecil makhluk sehingga dewasa sekarang , dari sekecil tapak tangan ibu dan ayah bersengkang mata demi menjaga anaknya siang dan malam, dari merangkak sehingga berlari dan berjalan, dari tidak mengenal huruf hingga petah membaca dan bicara.Terima kasih ibu dan ayah untuk kasih sayangmu yang setinggi langit, terima kasih kerana memerah keringatmu sehingga bercucuran tanpa mengenal erti lelah dan penat demi membahagiakan kami. Betapa mulianya pengorbanan ibu dan ayah bagi diri ini, yang tidak menghiraukan sengatan matahari demi sesuap nasi. Ibu ayah, mungkin jika ditimang dan dituntut lelah dan jerihmu mungkin tidak terbalas oleh kami.

Ibu ayah, di setiap relung hati ini akan dihangatkan dengan namamu, segala nasihat dan pedoman mu akan ku dengar dan ikut selalu. Terima kasih ibu dan ayah, terima kasih ayah dan ibu untuk setiap yang diberi. Maafkanlah di atas segala perlakuan dan tutur bicara diri ini yang menguris hati ibu dan ayah. Terima kasih ibu dan ayah untuk kasih sayangmu yang tidak bernoktah. ❤

Sunday, January 19, 2014

Tips Diet LinlinClara

Posted by linlin clara at 3:44 AM 0 comments
Hello! :)

Lepas tengok semua orang dah kurus, seorang linlin mesti la nak kurus. Perempuan sentiasa ada azam nak kurus, nak cantik, macam saya jugak la. Serious, geram tengok kawan makan macam mana tapi badan still kurus! Orang gemuk sibuk nak kurus, yang kurus nak gemuk kan hehe. Ada satu benda yang mungkin hampir sama dengan orang lain "nafsu makan". Nafsu makan sentiasa membuak-buak, kalau boleh rasa semua benda nak makan. Semua makanan nampak macam sedap, berpinar mata bila tengok makanan, Haha. Lagi2 nampak chocolate cake, cup cake kecik pun jadi la! yummy.

Tapi lepas ni janji, janji, janji nak controlkan nafsu makan. Sekarang rasa dah overweight. Kalau badan tinggi, makan banyak takpa. Ini dah la badan kecik, lepastu makan banyak. Jadi dia punya rendah, makin nampak bila badan semakin mengembang. Life as a student, kalau nak ambil supplement, slimming product memang tak mampu, beauty skin lagi, belum lagi barang make up, collegen, dress, duit minyak kereta lagi kan so lebih baik beli buku hehehe. Belajar utamakan keperluan dan kewajiban sebelum menuruti kehendak! --"" Ikutkan hati, rasa nak ambil slimming product, sebab malas nak jog, memang takda healthy life style betul lah.

Kalau nak kurus, bukan tak boleh makan, salah. Boleh makan, tapi ambil dalam quantity sederhana. Ini hang ambik penuh 1 pinggan, memang mengembang la jawab dia. Orang makan biasa sampai kenyang, cuba "berhenti makan sebelum kenyang". Kita cuba amalkan benda yang natural kan, dan tips diet yang simple. Jom slim bersama2! Tips dietnya :

 - Makan dalam quantity yang sedikit 
 - Makan 2 kali, pagi sedikit, makan sedikit
 - Makan before 6pm-7pm ( Malam bagi perut rehat sikit)
 - Jangan ambil minuman manis atau air gas. (Kandungan gula banyak)

@

Linlinclara Template by linlinclara Blogger Template | Gift Idea