Thursday, January 10, 2013

Tips hilangkan sengugut

Posted by linlin clara at 8:56 PM

Pernah rasa sakit akibat senggugut? Pernah rasa betapa sakitnya senggugut..sampai tak boleh nak duduk, nak berdiri lama pun sakit, baring pun tergolek sini sana. Kaki rasa kejang, perut memulas, pinggang sakit..mungkin pernah dirasai oleh kaum hawa tetapi bukan kaum adam, dan tak semua bagi  kaum hawa yang merasai. Bagi yang tak merasai kesakitan senggugut amatlah bertuah, dan bagi yang merasai bersyukurlah sebab tak semua merasai kesakitan senggugut.

Senggugut biasanya berlaku pada perempuan yang masih belum lagi berkahwin, namun ada juga yang berkahwin yang masih mengalami senggugut. Senggugut berlaku akibat kuncupan rahim yang kuat akibat pintu rahim yang sempit. Jadi yang tak merasai senggugut pintu rahim mereka luas? Senggugut sesuatu yang biasa, tapi jika senggugut masih berlarutan selepas kahwin, ini akan menyebabkan penyakit endometriosis. 

Endometriosis merupakan masalah dimana dinding rahim secara abnormal wujud di bahagian luar rahim. Endometriosis adalah masalah terdapat dinding rahim tambahan. Jadi bagi yang mempunyai masalah berlarutan, selepas kahwin atau selepas melahirkan anak..jangan pandang remeh masalah ini. Mencegah itu lebih baik dari mengubati =) Jadi teruskan kepada tips ketika menghadapi senggugut.

1. Sapu  dan urut bahagian yang sakit dengan minyak

Sapu bahagian badan seperti perut, kaki, pinggang yang sakit dengan minyak. Pastikan bahagian badan yang sakit sentiasa dalam keadaan yang panas, kerana ia mampu meredakan dan menghilangkan rasa sakit. Jangan lupa untuk urut sekali, terutama bahagian kaki yang sentiasa kejang. Guna minyak yang bersesuaian seperti minyak cap kapak, pati halia atau ubat yang rasa berkesan serta perlu.

2. Letak botol panas pada bahagian perut

Botol panas yang dimaksudkan, ialah botol yang panas yang dibaluti dengan kain. Letak air panas di dalam botol tersebut, dan letak di bahagian badan yang sakit. Jangan gunakan botol mineral, guna botol atau bekas air yang comel yang tak akan reput terkena air panas. Air yang panas juga boleh dicampurkan dengan air suam untuk mengelakkan botol tersebut terlalu panas, nanti bertambah sakit. 

3. Sujud

Sujud mungkin adalah salah satu cara untuk meredakan kesakitan. Sujud dalam masa 5-10 minit. Lain orang, lain cara, lain orang lain cara untuk menghilangkan penyakit sendiri.

4. Tidur

Cara yang berkesan untuk menghilangkan kesakitan senggugut ialah dengan tidur. Memang berkesan, sikit pun tak rasa sakit. Tapi bila bangun memang akan rasa semula kesakitan tersebut. Sebelum tidur pastikan, minyak dah disapu ke seluruh bahagian badan yang sakit, dan mungkin tak akan terjaga sebab dah sapu minyak sebelum tidur.

5. Makan ubat

Ini mungkin cara kedua terakhir. Makan ubat tak elok sangat, lagi-lagi bagi yang masih belum berkahwin. Tapi kalau sakit sangat, ubat mungkin cara yang terakhir. Biasanya senggugut bergantung kepada orang tersebut, ada yang akan bertahan sampai habis period dan ada yang akan merasai kesakitan  untuk 1 atau 2 hari yang pertama. Biasanya cara yang di atas lebih mudah nak amalkan, daripada cara yang terlalu tradisional, atau cara yang memerlukan kita mencari halia atau sebagainya. 

6. Kahwin

Cara yang terakhir ialah kahwin. Bila dah kahwin, dah bersalin biasanya senggugut akan hilang. Jadi yang ada masalah senggugut jom laa, kita kahwin ramai-ramai. Bukan kahwin cara nak hilangkan senggugut, tapi ialah dengan cara bersalin. Tapi tak semua yang akan hilang, yang akan hilang senggugut selepas bersalin dan beranak memang bersyukur tapi yang masih ada dan rasa kesakitan senggugut mungkin ada penyakit. Jadi, kalau yang masih rasa sakit jumpalah doktor untuk mendapatkan nasihat atau pun kena cucuk ='(

p/s : ejaan senggugut ini daripada kamus dewan edisi empat. Sengugut atau senggugut, tapi mengikut pusat rujukan persuratan ejaan ialah senggugut iaitu sejenis penyakit perempuan ketika haid.

Terima kasih 

2 comments:

  1. Tertarik dengan cadangan admin kat tips yang no.3. Sujud! Subhanallah. siapa yang akan terfikir sujud mampu mengurangkan kesan sakit senggugut.. Wallahu a'lam..

    Anyway, biasanya senggugut ni menyerang gadis-gadis sunti yang belum berumahtangga. Kalau dah kawin pun masih kena senggugut tak tahu nak kata apa. Tapi takkan nak dibiarkan aje senggugut tu? Kalau suami-suami prihatin macam saya confirm dah tak senang duduk tengok bini menggelupur camtu. Nak cari gak kot-kot ada penawar senggugut lepas kahwin ni. Ada testimoni senggugut yang too good to be true takmo lah. Nak cari yang real punya.. huhu.

    ReplyDelete

2 comments on "Tips hilangkan sengugut"

Shaiful Omar on April 28, 2015 at 9:52 PM said...

Tertarik dengan cadangan admin kat tips yang no.3. Sujud! Subhanallah. siapa yang akan terfikir sujud mampu mengurangkan kesan sakit senggugut.. Wallahu a'lam..

Anyway, biasanya senggugut ni menyerang gadis-gadis sunti yang belum berumahtangga. Kalau dah kawin pun masih kena senggugut tak tahu nak kata apa. Tapi takkan nak dibiarkan aje senggugut tu? Kalau suami-suami prihatin macam saya confirm dah tak senang duduk tengok bini menggelupur camtu. Nak cari gak kot-kot ada penawar senggugut lepas kahwin ni. Ada testimoni senggugut yang too good to be true takmo lah. Nak cari yang real punya.. huhu.

Ummi Jual Vitamin on August 21, 2015 at 12:34 AM said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips Hilangkan senggugut dan masalah period tak teratur

Post a Comment

Linlinclara Template by linlinclara Blogger Template | Gift Idea