Sunday, June 30, 2013

Sabah

Posted by linlin clara at 5:01 AM 0 comments
                                                                     Haipppp ='))

Haa, ooyeahh entry kali nie, nak ceritakan tentang my vacation ke sabah. Boleh dikatakan  'vacation' atau tidak? Cuti sem, yang lepas linlin ikut cousin balik kampung suami dia. Cuti sem kali nie, memang tak sempat merasa lama-lama duduk dekat rumah. Habis final exam, sempat merasa 4 hari duduk rumah. Lepas itu, start 29/5 sampai la 12/6 dekat sabah. 15 hari kan? :0

Apa yang menarik sangat dengan sabah ini, sebab itu memang first time pergi sana, hiks. So, taktau macam mana kehidupan orang-orang sabah, tak pasti  sama atau berbeza dengan semenanjung. Kalau pergi sana yang pasti tengok laut dia yang biru lagi bersih, sangat menenangkan hati =) 

Merasakan jalan dekat sabah memang banyak sangat roundabout, kalau pergi dekat mana-mana tempat mesti akan ada, kalau nak dibandingkan dengan semenanjung macam sana lagi banyak? Act,  mungkin tempat linlin kurang sangat, kesian. First day, sampai sabah kami tak pergi mana-mana sebab penat lagi, terus pergi kota belud sebab cousin punya suami stay dekat sana. Pergi sana, barang linlin yang paling banyak, sampai ada yang cakap, memang macam nak stay sabah terus tengok barang linlin. After a few days, dorang bawak kami jalan-jalan pergi tanjung simpang mengayau (kudat). oooOO, pergi sana dengan cousin, suami dia, ayah, pakcik (pakndak) and makndak.

Okay, baru cerita pasal tanjung simpang mengayau tapi gambar dah melimpah ruah. Dalam masa 15 hari dekat sana, tengok gambar dah beribu, memang perempuan suka sangat ambik gambar kan.  Suka sangat view tempat ini, even panas macam mana  tetap redah sebab tapi tempat dia cantik. Macam rugi kalau pergi, tapi tak pusing puas-puas. Baju purple ayah linlin, yang jersey malaysia pakndak (ayah cousin), yang sorang lagi adik ipar cousin. Laut dia sangat cantik, suka =)))))

Lepas pergi tanjung simpang mengayau, kita orang singgah victoria zoo. Owner victoria zoo, buat zoo dekat kebun sawit, bayangkan? Tapi zoo dia biasa2, lagipun dah besar malas nak bermesra dengan haiwan2 dah. Kalau masa kecik dulu, excited laa jugak kalau masuk zoo.Dalam masa sehari, sempat pergi 4 tempat, ( tanjung simpang mengayau, victoria zoo, pusat kraftangan and long house). 

Kalau boleh, nak buat entry sabah part I and part II..banyak sangat gambar kalau nak kasi upload semua T___T

Cekal dan gigihkan hati, siapkan entry kali ini. Macam yang dijanjikan sebelum pergi, nak berjalan-jalan dekat pulau, jadi pulau manukan pulau pilihan kita orang. Memang berjalan tiap hari, pagi dah keluar, malam pulak balik. Bila dekat sabah, kalau pukul 7 dah terasa pukul 9, kalau pagi pulak pukul 6 dah bangun.

Okay, gambar dekat atas semua dekat pulau manukan. Next, kinabalu park, kundasang, poring.

Sempat naik gunung kinabalu, saja2 try sampai dekat pondok yang pertama 'pondok kandis'. Lepas dah naik, laju2 turun sebab kaki rasa nak tercabut. Dengan kasut yang memang tak sesuai, bawak lagi handbag, rasa macam ohh menyesal bawak tadi. 

love sabah =))

Saturday, May 11, 2013

passionately curious

Posted by linlin clara at 1:59 AM 2 comments
Mungkin kau memahami
Tapi kau tak cuba sampaikan
Mungkin kau menginginkan
Tapi kau tak cuba nyatakan

Mungkin, Mungkin, Mungkin
Segalanya mungkin

Mungkin perasaan dan hati kau akan terus bergolak?
Mungkin perasaan itu kau cuba hapuskan?
Mungkin kau cuba menolak rasa itu?
Mungkin kau cuba menyampaikan,
Tapi dengan gaya yang sukar difahami.

Nada kau sukar dimengerti,
Seolah-olah kena pada sipi,
Seolah-olah wujud pada sangsi,
Kau cuba fahami kata puitis,
Kau cuba fahami kata sinis,
Kadang-kadang rasa langsung tak kena pada diri.

Kau diam, kau membisu,
Hilang arah pada diri,
Hilang kata dengan sepi,

Kau tulis,
Tapi kau tak zahirkan pada diri
Jendela terus dibuka
Sampai kau kata pada diri..?
Suatu hari ia mungkin pasti :)

Marah

Posted by linlin clara at 1:25 AM 0 comments

Kadangkala dalam hidup mungkin kita dihadirkan hanya untuk memahami diri sendiri?
Perasaan orang lain mungkin kita perlu tindas?
Memang orang lain dilahirkan di dunia untuk terima diri kita?
Walhal, kita langsung tidak boleh menerima orang lain?
Mungkin dia seorang yang ada perasaan?
Tapi kita tunggul kayu?
Yang langsung takda perasaan
Tapi hidup untuk melayan perasaan orang lain?
Begitu?

Kadang-kadang kata madah pandai diucap
Nasihat pandai dilontar
Mulut terus berkata
Seolah pakar nasihat
Tapi sedar tak?

Lama terasa tapi dipendamkan
Konon hanya ingin menjaga perasaan orang lain
Habis nilai diri terletak di mana?
Hancur bersama duri hati yang lama kau pendam?

Biarkan dia tenggelam hanyut, 
Bersama ombak bersama pantai,
Usah difikirkan rawan pada hati....!

Wednesday, April 17, 2013

Langkawi

Posted by linlin clara at 6:22 AM 0 comments
繁栄おめでとう

GWIYOMI !
gwiyomi !!
gwiyomi !!!

"Kami merancang, tetapi Tuhan menentukan"
WEHUUUUU :D

 Berjaya jugak kami pergi langkawi berdua, even plan macam tu. Habis je futsal petang tu, macam nak gila terus pi cari tiket. Memang kami tak plan pun, ehh plan jugak nak pi sana..haha. Memang nak pergi mana-mana pulau, tapi taktau pulau yang mana. So, petang tu decide nak pergi Langkawi. Ramai yang kata kerja gila, okay T_T Kerja gila tapi experience kami berjuta ganda kami dapat. Jalan dengan kawan, tak sama dengan family, dengan family best semua depa support tapi still terikat nak buat apa-apa, tapi dengan kawan kau on aku lagi ON, haha. Serius macam mamai sampai dekat kangar pagi tuu, taktau nak pi mana. Sampai langkawi terus cari kereta sewa, and viva yang cinonet comel yang menjadi pilihan. Dengan viva cinonet comel kami pusing 1 langkawi, ikut la mana-mana signboard yang ada redah janji sampai. 

ok now, nak try post sepam dua, gambaq masa kami pi langkawi. 

Location : Cable car

Tudiaaaa husband nisa masa kami kat langkawi? Handsome? :D

#Thankyou abang SPR ! :)

Location : Pantai chenang

Kerja gila tapi sangat happy ! =)

Saturday, March 16, 2013

Pray for sabah

Posted by linlin clara at 4:41 PM 0 comments

Sabah

Berdoa untuk keselamatan orang sabah especially untuk lahad datu dan sempurna :)

Pray for sabah
Pray for lahad datu
Pray for sempurna

Berdoa untuk keselamatan pejuang-pejuang negara kita

I ♥  SABAH :)

Thursday, January 24, 2013

Renungan bersama

Posted by linlin clara at 9:51 PM 0 comments
Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.
Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.
"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...

Bila baca cerita macam ni, berfikir untuk sejenak..adakah yang menulis (aku) ini tergolong dalam perangai anak-anak yang macam ni. Pertama kali baca, mungkin rasa geram, tapi bila hati kita membuak-buak nak sesuatu memang macam tu, tapi kita sebagai anak-anak kena faham kewangan mak ayah kita macam mana. Mungkin bila kita nak sesuatu masa tu kita tak ingat dah macam mana perasaan kita pada masa tersebut. Disebabkan aku bukan dilahirkan dalam kalangan orang kaya, cerita ini ingin jadikan iktibar untuk aku, dan juga semoga menjadi iktibar untuk kakak dan adik aku :) Biasa bila nak balik kampus mak nak bagi duit mak selalu pesan, jangan beli baju dah, baju dah banyak angah nak buat apa lagi. angah (aku) nama panggilan di rumah takpun mak panggil (adik) even aku ada adik sorang lagi. Nak dijadikan cerita keluarga aku bukanlah dari golongan yang kaya,  
tapi yang ada memang cukup untuk kami, dan setakat sepanjang kehidupan kami sekeluarga aku rasa bahagia. aku belajar di institut pendidikan guru kota bharu (ipgkb), kakak aku belajar di universiti utara malaysia (uum), dan adik masih lagi bersekolah dan tahun ni merupakan tahun bagi dia untuk menghadapi pmr. Kakak dan adik sama, tapi mak jarang bagi ceramah dekat kakak, sebab mak tahu kakak jimat, biasiswa yang ada pun hanya diguna separuh sahaja dan hujung semester biasiswa dia masih ada lagi. 

Bila nak balik kampus, mak selalu nasihatkan aku sepanjang perjalanan sebelum menghantar aku menaiki bas. Ceramah mak biasanya bertajuk "JIMAT". Dari rumah nak sampai terminal bas lebih kurang 35 minutes, dan sepanjang masa 35 minutes aku terpaksa mendengar ceramah mak. Actually, ceramah mak sangat berguna untuk aku. Antara ceramah mak :

Jimat angah, jangan bila dapat duit selalu keluar. Kita bukan orang kaya, jangan nak rasa diri kita orang kaya, sebab hakikat sebenarnya kita orang biasa. Angah jangan cuba nak miliki apa yang orang ada, kalau orang tu ada barang cantik2, angah jangan rasa macam tu. Bersyukur apa yang ada sebab kita orang biasa. Mak tak tahu la macam mana bila kau dah kerja, boleh tak kau simpan duit ke tak nanti. Tapi mak dulu macam tu jugak, bila ada duit semua benda nak beli, tapi mak belajar berubah dan simpan duit sebab mak fikir macam mana kalau jadi apa-apa nanti, contohnya masa-masa kecemasan, dan bayangkan masa tu kalau takda duit..Balik belajar elok-elok, jangan selalu sangat keluar, tak takut ke keluar selalu ni? Mak tengok ada kes ragut macam-macam, kau dah la cuai..handphone purse suka sangat letak merata tempat" 

Lebih kurang macam tu laa ceramah mak yang penuh bermanfaat. Kita cuba jadi diri kita sendiri, kalau kita tak mampu kenapa nak beli dan buat macam kita mampu, sedangkan hakikatnya memang kita tak mampu. Kalau kita buat macam mampu pun, yang susahnya mak ayah kita..sebab apa dorang laa banker sejati kita. Mak ayah yang penat cari duit, tapi kita yang rajin nak habiskan..sedangkan mereka punya la berjimat, kerja penat-penat sebab nak cari duit. Pernah jugak terfikir, mampukah nak balas balik jasa mak ayah..macam mana mak ayah jaga kita, macam mana ayah belikan apa yang kita nak, macam mana mak ayah hantar kita belajar dan tanggung perbelanjaan kita. Sekarang mungkin kita tak rasa, sebab apa tiap bulan mak ayah yang akan bagi duit, tapi bila kita dah kerja nanti baru kita rasa macam mana susah  nak dapatkan duit, dan bila kita ada tanggungan macam anak nanti baru kita akan rasa. Moral of the story daripada cerita di atas (bukan cerita aku), kita kena hargai mak ayah kita, faham situasi kewangan mereka..jangan nak minta sesuatu ikut kepuasan dan kepentingan diri kita sendiri. Ini bukan untuk dijadikan iktibar untuk orang lain, tetapi dalam masa yang sama untuk aku sendiri, supaya aku belajar berjimat. 

Saturday, January 19, 2013

kawan itu umpama cermin

Posted by linlin clara at 1:57 AM 0 comments

*kawang umpama cermin.jpg.image*

Mungkin ada masa dan ketikanya, memang kita boleh hidup tanpa kawan. Tapi berapa lama kita boleh hidup tanpa kawan. Kadang kita lupa dengan rasa amarah yang menguasai diri kita..gaduh sikit kita kabo ke kawan, "hekeleh aku boleh hidup tanpa kau la"..kalau kawan yang faham yang dia akan kabo balik "ahh, dia tengah marah memang la macam tu" tapi ada kawan yang sama-sama kepala saitonn tuu akan kabo balik " ok, fine..kalau kau rasa kau boleh hidup tanpa kawan, aku pun tak boleh ke haaa " Entry kali ni nak kabo kan " KAWAN ITU UMPAMA CERMIN" 

Kadang iyee, mungkin kita dop sedar mane..betapa pentingnye ada kawang2. Haaa, orang tganu kabo kawan kita panggil "kawang". So entry ini, kita akan cakak bahasa ganu + kelate, dan kepada kawang2 tganu dan kelantan hop mana terbaca entry kali nie..ambe mohon maaf awal-awal, sebab ambe dok terer mana menghentam bahasa ganu dengan kelantan ni, dan entry ini bukang nok menghancurkan bahasa awop dan mung2 sekalian, tapi ambe nok try guane gaya bunyi kalau ambe cakak ganung. Mana tauu, ambe  kawin dengan orang tganu ke kelantan nantii ! :) 

Holaaaa, dop start agii...! Gini laaa kawang2, cube bayangkan..kalau kita ni hidup sorang, takde pun oghe nak kawang dengan kita, apa perasaang kita..acu oyak sikit gak. Mati ke kita, kalau semua oghe hop mana duduk di dunia ni toksey saing dengan kita..tapi kalau nak cakak takde kawang tuu mati memang sumpah nipu lalu laaa. Kalau takdop oghe nak kawang dengan kita memang kita dop mati ponggg, tapi memang rasa sunyi..lagi2 tengok semua oghe ada kawang, tapi kita takdop ponggg. Sedih gak, sebab takdop oghe sudi saing ngan kita. Kawang umpama cermin tu membawa maksud luas, sebab kalau kita takdop kawang..sapa yang nok jadi cermin kita. Kita ada sifat ego dalam diri, sebab tuu laa ambe nak oyak nyee! Semua yang kita buat kita rasa betol, maklum laa diri sendiri buat mana ada rasa salah..sebab apa, takdop oghe hop nok jadi cerming kita. Kita rasa semua betol, tapi kawang kita yang lihat ke kita yang selalu ambik berat pasal kita, dia tau yang kita ada salah. Jadi kawang kita yang tegur balik semua tu, ye dopp? ada ke kawang ke saing ke yang tak pernah tegur salah kita? kalau ada itu yang mana yang taknak rasa kita kecik hati..tapi biarlah kita kecik hati sekarang, daripada kecik hati dengan salah kita yang makin bertambah nanti. Entry kali nie, nok oyak hop tu jahh, malas nak kecek banyok2..nanti punoh bahasa ganu + kelate nim.  

Jadi kita yang masih punya kawang2 nie..cuba la memantulkan diri masing-masing..sebab kalau awop dop kabo kesalahan saya,  guane saya nak tahu kesalahan diri saya nanti. Ginii la maksud ambe, "awop jadi cermin saya, dan saya akan cuba jadi cermin terbaik untuk awop" .  Kita cuba ambik part masing2, jadi cermin sama2..sebab apa kita tak boleh nampak kesalahan kita sendiri. Oghe hop mane selalu duduk dengan kita, yang selalu tengok kita...yang akan nampak kesalahan kita..dan bila kawang2 hop mane try nak tegur kita, cuba kita jadi orang mudoh baso..mudah nak cakak ke apa ke. ambe dop faham mana maksud mudoh baso..mungkin mudah nok cakap, mudah nak berunding kot -,- Jange bila kawang kita cakak dan tegur kita, kita buat muka..kita dop dengar pongg yee kabo mendee.. dalam hati " ishhh, nyibuk ahh mungg nim, yee ingat yee sorang je hop betol, blaaa blaaaa" kalau kita gituu memang dop laa kawang tuu nak tegur kita, sebab apa..kita kena cuba terima apa yang kabo kita cakak tuu, mungkin ada betolnyee ! =') termasuk yang menulis entry nim pun kena laa dengar mende kawang tegur. Dalam adat berkawang ni, jange laa kita rasa kita je betol, cuba dengar mende kawan kabo, kadang2 bila kawang nasihat cuba kita terima baik-baik, sebab kawang yang baik yee akan nasihat kawang yee. Ok cukup la entry kali ni, dan ambe mohon maaf kepada orang ganu dan kelantan yang baca entry nie sebab ambe dop reti mana menulis entry guna bahasa ganu + kelantan, tapi niat bukang nak menjahanamkan bahasa tapi nak belajor bahasa negeri lain =')

Linlinclara Template by linlinclara Blogger Template | Gift Idea