Sunday, January 13, 2013

Jodoh itu rahsia Tuhan :)

Posted by linlin clara at 3:24 AM 0 comments

Percaya agak-agak dengan jodoh tak?

Ada orang cakap lambat atau cepat memang jodoh kita dah ditetapkan, yang penting kita kena yakin dan kita berusaha jugak. Lagipun Tuhan dah tentukan jodoh kita semasa dalam kandungan lagi kan, jadi kenapa perlu risau. Kalau nak cakap pasal jodoh mesti otak kita ligat berfikir kan.. 

Mungkin kita selalu bertanya : asal aku takda jodoh? Teruk sangat ke aku sampai takda pun orang yang nak, ke aku yang memilih sangat.

Mungkin kita selalu berfikir : mungkin jodoh aku bukan tahun ni, mungkin tahun depan

Mungkin kita selalu bayangkan : Siapa lah jodoh aku? Macam mana la rupa dia? Hitam ke putih ke, mata warna apa? Baik ke, boleh jadi ayah yang baik untuk anak-anak aku nanti tak? Bertanggungjawab tak?

Mungkin bila malas nak fikir : Aku pasrah dan redha la, siapa jodoh aku. Tak kacak takpe, janji baik..tak kaya takpe janji ada usaha. Kalau muka dah cukup kacak, tapi perangai serupa apa, lebih baik aku tak kawin. Bagilah aku yang bertanggungjawab sikit, beriman, bertanggungjawab, baik, rajin, chewahhh!  Dan yang paling penting, jika dia beragama didiklah aku sepenuhnya ='))

Rasa-rasa ada yang macam tuu, hehe. Keep calm and smile okay. Jangan risau la, percayalah dengan kekuatan jodoh. Jangan kejar sangat jodoh, kena percaya akan ada untuk kita. Jodoh ialah takdir yang sudah ditetapkan sejak kita Luh Mahfuz lagi. Ajal, maut dan jodoh di tangan Tuhan..percayalah itu janji Tuhan. Jadi cuba la positive kan diri..mungkin belum sampai masa. Mungkin jodoh akan tiba bila masa aku dah bersedia, bila masa aku dah cukup perlu memikirkannya, bila aku rasa aku dah memang ada rasa tanggungjawab tu sepenuhnya, dan bila masa aku sudah cukup layak untuk menjadi isteri kepada bakal imamku dan ibu kepada anak aku nanti. Kadang tu cubalah jawab persoalan kita, dengan jawapan yang memuaskan hati kita sendiri. Bila hati  dan orang lain  tanya macam nie, cuba kita jawab macam nii ;

Kenapa jodoh aku lambat sangat ='(
- Kerana Tuhan tahu masa yang terbaik buat aku, kenapa perlu aku risau sebab perancangan Tuhan yang sebaiknya.

Siapa jodoh aku nanti -,-
- Nanti sampai masa, Tuhan akan perkenalkan siapa jodoh aku. Jadi aku perlulah sabar dengan semua ni, lambat atau cepat mungkin ada.

Tapi bila lagi jodoh aku :((
- Bila masa aku dipertemukan nanti, jangan risau aku jemput walimatul urusku nanti. Bagi alamat, nak post kad..kita jemput guna fb, twitter jelah :) haha

Nanti bila dah kahwin, ada pulak yang tanya bila nak dapat anak, hmmmm
- Mintak doa dekat orang yang bertanya-

Kadang-kadang :")
---
-
-

Sekuat mana kita setia, sehebat mana kita merancang, selama mana kita menunggu, sekeras mana kita bersabar, sejujur mana kita menerima dirinya

Jika takdir menentukkan yang kita akan bukan dengan dirinya, kita tidak akan bersama dengannya, Jika memang sudah tertulis jodoh kita dengannya, kita tetap akan bersama dirinya.

Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yang tepat.

Lepastu, jangan lupa untuk, berusaha dan berdoa..yang terbaik untuk kita =")

Terima kasih sayang 

Thursday, January 10, 2013

Tips hilangkan sengugut

Posted by linlin clara at 8:56 PM 2 comments

Pernah rasa sakit akibat senggugut? Pernah rasa betapa sakitnya senggugut..sampai tak boleh nak duduk, nak berdiri lama pun sakit, baring pun tergolek sini sana. Kaki rasa kejang, perut memulas, pinggang sakit..mungkin pernah dirasai oleh kaum hawa tetapi bukan kaum adam, dan tak semua bagi  kaum hawa yang merasai. Bagi yang tak merasai kesakitan senggugut amatlah bertuah, dan bagi yang merasai bersyukurlah sebab tak semua merasai kesakitan senggugut.

Senggugut biasanya berlaku pada perempuan yang masih belum lagi berkahwin, namun ada juga yang berkahwin yang masih mengalami senggugut. Senggugut berlaku akibat kuncupan rahim yang kuat akibat pintu rahim yang sempit. Jadi yang tak merasai senggugut pintu rahim mereka luas? Senggugut sesuatu yang biasa, tapi jika senggugut masih berlarutan selepas kahwin, ini akan menyebabkan penyakit endometriosis. 

Endometriosis merupakan masalah dimana dinding rahim secara abnormal wujud di bahagian luar rahim. Endometriosis adalah masalah terdapat dinding rahim tambahan. Jadi bagi yang mempunyai masalah berlarutan, selepas kahwin atau selepas melahirkan anak..jangan pandang remeh masalah ini. Mencegah itu lebih baik dari mengubati =) Jadi teruskan kepada tips ketika menghadapi senggugut.

1. Sapu  dan urut bahagian yang sakit dengan minyak

Sapu bahagian badan seperti perut, kaki, pinggang yang sakit dengan minyak. Pastikan bahagian badan yang sakit sentiasa dalam keadaan yang panas, kerana ia mampu meredakan dan menghilangkan rasa sakit. Jangan lupa untuk urut sekali, terutama bahagian kaki yang sentiasa kejang. Guna minyak yang bersesuaian seperti minyak cap kapak, pati halia atau ubat yang rasa berkesan serta perlu.

2. Letak botol panas pada bahagian perut

Botol panas yang dimaksudkan, ialah botol yang panas yang dibaluti dengan kain. Letak air panas di dalam botol tersebut, dan letak di bahagian badan yang sakit. Jangan gunakan botol mineral, guna botol atau bekas air yang comel yang tak akan reput terkena air panas. Air yang panas juga boleh dicampurkan dengan air suam untuk mengelakkan botol tersebut terlalu panas, nanti bertambah sakit. 

3. Sujud

Sujud mungkin adalah salah satu cara untuk meredakan kesakitan. Sujud dalam masa 5-10 minit. Lain orang, lain cara, lain orang lain cara untuk menghilangkan penyakit sendiri.

4. Tidur

Cara yang berkesan untuk menghilangkan kesakitan senggugut ialah dengan tidur. Memang berkesan, sikit pun tak rasa sakit. Tapi bila bangun memang akan rasa semula kesakitan tersebut. Sebelum tidur pastikan, minyak dah disapu ke seluruh bahagian badan yang sakit, dan mungkin tak akan terjaga sebab dah sapu minyak sebelum tidur.

5. Makan ubat

Ini mungkin cara kedua terakhir. Makan ubat tak elok sangat, lagi-lagi bagi yang masih belum berkahwin. Tapi kalau sakit sangat, ubat mungkin cara yang terakhir. Biasanya senggugut bergantung kepada orang tersebut, ada yang akan bertahan sampai habis period dan ada yang akan merasai kesakitan  untuk 1 atau 2 hari yang pertama. Biasanya cara yang di atas lebih mudah nak amalkan, daripada cara yang terlalu tradisional, atau cara yang memerlukan kita mencari halia atau sebagainya. 

6. Kahwin

Cara yang terakhir ialah kahwin. Bila dah kahwin, dah bersalin biasanya senggugut akan hilang. Jadi yang ada masalah senggugut jom laa, kita kahwin ramai-ramai. Bukan kahwin cara nak hilangkan senggugut, tapi ialah dengan cara bersalin. Tapi tak semua yang akan hilang, yang akan hilang senggugut selepas bersalin dan beranak memang bersyukur tapi yang masih ada dan rasa kesakitan senggugut mungkin ada penyakit. Jadi, kalau yang masih rasa sakit jumpalah doktor untuk mendapatkan nasihat atau pun kena cucuk ='(

p/s : ejaan senggugut ini daripada kamus dewan edisi empat. Sengugut atau senggugut, tapi mengikut pusat rujukan persuratan ejaan ialah senggugut iaitu sejenis penyakit perempuan ketika haid.

Terima kasih 

Monday, December 31, 2012

2013

Posted by linlin clara at 5:41 PM 0 comments

2013 
-Write a better story this year-

Terima kasih :)

Happy new year

Posted by linlin clara at 8:45 AM 0 comments

Happy new year everyone
I love you all :)

Goodbye 2012 :)

Fitrah cinta

Posted by linlin clara at 1:45 AM 0 comments

Jika cinta itu fitrah
Ingin bercinta itu fitrah
Jika fitrah itu dibawa dengan aliran 
yang betul ia mulia
Jika dialir dengan yang salah itu hina

Cinta itu cahaya sanubari,
kurniaan Tuhan fitrah insani..dan di mana
terciptanya cinta di situ rindu bermula
Cinta itu tidak pernah meminta 
tetapi memberi sepenuh rela

Dalam kehidupan tiada insan yang mahu kecundang dijajah cinta yang dusta
Dan ingatlah tiada jua insan yang mahu cinta itu kecundang untuk cinta yang hanya sementara

Terima kasih

Blogaholic design

Posted by linlin clara at 12:47 AM 0 comments

Blogaholic design pernah dengar? Kali nie, cuba nak share sesuatu yang mungkin menarik minat blogger di luar sana. Cuti semester memang aku berhajat dan berazam nak mencantikkan blog aku. Kalau sebelum nie mungkin tidak berkesempatan untuk menjengah blog selalu..tapi cuti nie syukur ada masa untuk aku melawat blog aku. Banyak sangat background yang cantik, yang aku jumpa..tapi aku cuba untuk memilih menggunakan apa yang ada dekat blogaholic design.

Inilah hasilnya blog linlinclara:

Nak tahu aku dapat kat mana? Kunjungi link nie http://blogaholicdesigns.com/

Blogaholic design

Blog freebies
- Free blogger templates
-Free blog buttons

Bila dah masuk kat blogaholic design, cari dekat blog freebies..akan ada 2 blog freebies, iaitu free blogger templates and blog buttons. Banyak pilihan yang ada dekat blogaholic design, tapi akan ada yang kita kena bayar. 

Contoh free blog templates

Cara untuk memasukkan templates di dalam blog, ada tutorials sekali

Cantik, menarik, menawan dan jangan lupa yang ini yang berbayar bukan free yang macam kat atas ='))

Terima kasih, sekian untuk entry kali ini. 

Sunday, November 25, 2012

Bukit tinggi (japanese village)

Posted by linlin clara at 9:20 PM 0 comments
                                            Annyonghaseyo 

Ini cerita cuti aku, cuti sem yang tak berapa nak awesomee! Kalau boleh nak update macam2 kat belog nie..tapi bila dia ada prob gini terpaksa la update dia 2 3 kali konon nak bagi cantik dengan headers dia yang masih tunggang langgang lagi =( Cuti sem ni, aku singgah kat bukit tinggi nie..nak tengok apa yang ada sana. Picture yang kat bawah semua yang dekat japanese village..yang dekat colmar tropicale tak update lagii. 

Terima kasih sudi baca :)

Linlinclara Template by linlinclara Blogger Template | Gift Idea