Annyonghaseyo ♥
Setelah lama tak update belog nie, arinie jugak terupdate belog, walaupun esaimen banyak tapi masih sempat kan. Todays, nak share apa yang kita dah lama sangat update. Kita nak bercerita tentang Pulau Perhentian, iaitu Pulau yang ada di Terengganu. Kenapa dengan Pulau Perhentian? Mari baca :)
Jeti Besut ---> Pulau Perhentian
Naik bot untuk ke Pulau Perhentian
Senyum 1, 2,3
Naisss bukan? Cantik kann?? Belum pergi lagi kan, awal-awal kat jeti pun dah teruja kan. Ekceli, kita pergi Pulau Perhentian ni, bukan tujuan untuk bersuka ria, bercuti sakan, mahupun bergumbiraa yaa. Kita pergi Pulau Perhentian ni, untuk Sukan Dan Rekreasi, anjuran Jabatan Pendidikan Jasmani Institut Kampus Kota Bharu. Disebabkan kita ni minor student untuk Pendidikan Jasmani a.k.a PJ so mahu tak mahu, wajib dan wajib kita kena pergi jugak. First masa nak packing tuhh, fulamakk perasaan ni entah bagai apa pun tak tau, yang tauu malas nak pergi, dengan belbagai campur aduk alasan. Sedikit sebanyak gambar yang kita boleh share, jemput tengok mahupun lihat :)
Indahnya ciptaan Tuhan
Apa yang kita dapat masa kat Pulau Perhentian tuh, semua pengalaman masing-masing, ada yang manis dan ada juga yang masam nye. Program menarik masa kat pulau yang kami buat ialah Water Confident, Kayak, Snorkeling, Jungle Tracking, and so on. Cantik punya pengalaman. Mari lihat gambar dan gambar kami disana, jangan teruja.
Gadis - Gadis Pulau
Bersama Pensyarah Pembimbing untuk Program Sukan Dan Rekreasi
Water Confident
Water Confident
Kayak
Masih tersenyum walaupun kepanasan
Teruja mungkin
Snorkeling
Sumber : Google
Banyak sangat gambar kalau nak masukkan dan mungkin penat untuk menceritkan satu demi. Perkara sebelum nie yang kita tak pernah buat, tapi kita buat sekarang dan apa yang kita rasa enjoy sangat. Program nie agak relax, dapat pulak kawan yang semuanya sporting. Daripada kita datang kat sana zero sekurang-kurangnya bila balik dari sana tak adalah zero lagi, tapi jujur program ni sangat menarik, apatah lagi bila kita semua tak pernah buat selama nie, sume eksited kan. Selama kita duduk dalam satu bumbung Bahasa Melayu nie pun, ramai lagi yang kita tak kenal, yang kita jarang bersua muka, jarang untuk bertegur sapa, tapi bila kat sana ada la kita tegur sesama sendiri. Okehh, :))))
Thankyouu sudi baca :)
0 comments:
Post a Comment